ad 1

Ahad, 3 September 2017

Malaysia vs Hong Kong


Malaysia vs Hong Kong

Kelayakan piala asia

 Siapa kaki layan bola memang dah biasa ler dengan kancah Epl,La liga tak kurang hebat juga masa kini kancah bola sepak liga dalam malaysia.Bila musim world cup tiba kaum lelaki dah stanby duit kocek nak layan kedai mamak,beli jersi pasukan pilihan.

 Malaysia layak ker nak masuk world cup?itu mungkin boleh di jadikan satu cita-cita impian,usaha lebih perancangan baik maybe tercapai juga kot kita tengok malaysia dekat world cup,ehhhh tak mustahil tau dulu korea dan jepun sebaris dengan taraf kita juga ok..


  Baik kita bermula untuk mencapai dan bersaing di peringkat asia dulu.Untuk sejarah kita layak bersaing di asia cup dua kali jer,itupun last pada tahun 1980.Pada tahun 2007 kita ada join asia cup tapi dengan kuota tuan rumah bersama(paham2 jer la jadi lauk).Untuk musim kali ini kelayakan memasuki pusingan akhir asia cup rancak pada 2017.Aksi kelayakan malaysia lawan hong kong di stadium hang jebat pada september ini.Ikut statistik pertembungan kedua negara kurang lebih jer pun...

  Malaysia perlu menang untuk terus memberi saingan pada Hong Kong,Korea Utara dan Lubnan.
statistik perlawanan malaysia dalam tahun 2017 dalam perlawanan antarabangsa.
Hong kong pula dalam landasan yang memberi cabaran.Walaubagaimana pun kekuatan malaysia adalah di kandang harimau sendiri.Harap malaysia dapat semarakan semula api semangat bola sepak malaysia di kejohanan antarabangsa.

Sabtu, 2 September 2017

Mencari Pendapatan Sampingan

pencari rezeki

Bermulanya dengan sedikit kebingungan,ramai yang tertarik dengan kata-kata madah pujangga sang karyawan dunia memperlihatkan tahap berjayanya mereka.Apabila pengunjung teknologi masa kini menaip di meja carian google,bekisar tentang "bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan".Maka terpaparlah pelbagai testimoni orang-orang yang berjaya dengan bukti screenshot penyata bank,cek,paypal,monthly payment beribu riban masuk ke akaun bank mereka yang sukses katanya....
gilerrr tak ternganga molot tengok

Pelbagai bentuk cara mereka pamerkan siap disertakan step by step menuju puncak mahligai(dalam mimpi kot).Akhirnya jiwa-jiwa yang tak nak bepikir banyak,yang nak duit terbang masuk dalam akaun bank diam-diam sampai duit melimpah ruah keluar pintu bank pun ikutlah telunjuk.Ingat sonang ka nak dapat duit free cik abang,cik akak oii.Mimpi ler orang nak bagi kita duit free.Itu satu part,kene dengan mentor mente yang nak tunjuk dari A sampai Z untuk sampai tahap maksima gaban kata mereka supaya hasil ribu riban tapi di hujung pangkal ajaran dia promosi da"untuk mengetahui teknik selanjutnya sila beli ebook ini".erm tak ker bingung awak sekejap dibuatnya,dia tunjuk testimoni pendapatan dia ribu riban dalam sehari tapi menjual juga.hihihi.Apapun sebenarnya semua itu usaha.Rezeki datang bermula dengan usaha dan doa,mereka menulis itu usaha ada caranya bagaimana mereka capai tahap berjaya.Takkanlah ikan masak lomak nak lompat masuk dalam mulut kalau kita tak suap sendiri agar tercapai nikmatnya masak lomak cili api.hehe(fevret tue)..Cuma untuk mencapai tahap berjaya kita perlu menangkap sebanyak mana ilmu dan bertanya dengan ilmuan-ilmuan(guru yang mahir la).Takkanlah nak jual ikan masin bertanya belajar dari doktor haiwan kan2..Oklah akhir kata siapa yang tak nak mencari pendapatan sampingan di dalam era ekonomi tak stabil ni kan,cuma perlulah berhati-hati dalam semua bidang yang nak diterjun...ok bye.